Antara sumber terbuka yang mendapat tinggi pengiktirafan ialah projek Kubernetes
Kubernetes (biasanya disingkatkan sebagai K8s) adalah platform sumber terbuka yang pada permulaannya dibina untuk keperluan dalaman Google bagi mengawal selia beribu-ribu server di data-denter mereka oleh beberapa orang saintis dan developer di Google.
Fungsi utama yang direka adalah untuk mengautomasi proses deployment, scaling, dan pengurusan aplikasi berasaskan kontena.
Kubernetes membolehkan anda menguruskan cluster kontena dengan mudah, menjadikannya popular dalam persekitaran DevOps.
Ciri-Ciri Utama Kubernetes -
Penskalaan Automatik: Menambah atau mengurangkan bilangan pod berdasarkan keperluan yang ditentukan oleh DevOps/Admin dan juga pengguna.
Pemulihan Kendiri: Secara automatik menggantikan pod yang gagal. Fungsi ini menambat hati banyak developer dan infra engineer kerana kebolehupayaan kubernetes untuk menjalankan semula sistem yang terhenti tanpa perlu mereka secara manual memberi arahan untuk start semula.
Pengimbangan Beban: Mengedarkan trafik ke pod yang tersedia.
Pengurusan Konfigurasi: Mengurus rahsia (secrets) dan konfigurasi tanpa perlu mengubah imej kontena.
Top comments (0)